1. Seksyen 17 (1), Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
AmanahRaya mempunyai bidang kuasa mentadbir harta pusaka secara terus yang mengandungi harta alih bernilai tidak lebih RM600, 000.
Pentadbiran Harta Pusaka penting bagi memastikan Harta Pusaka simati dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak terbiar begitu sahaja. Pentadbiran Harta Pusaka seharusnya diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan penganiayaan berlaku serta menghindari kerumitan waris terhadap harta pusaka itu.
2. Seksyen 17 (2), Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
AmanahRaya mempunyai bidang kuasa mentadbir harta pusaka secara terus yang mengandungi harta alih bernilai tidak lebih RM50,000.
3. Seksyen 8, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
AmanahRaya boleh memfailkan petisyen di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil untuk dilantik sebagai Pentadbir atau mendapatkan perintah pembahagian bagi Harta Pusaka tidak berwasiat yang mengandungi harta alih dan harta tak alih atau harta tak alih sahaja bernilai tidak lebih RM2,000,000.00.
4. Seksyen 13, Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
AmanahRaya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi bagi;
- Harta Pusaka yang mengandungi harta alih dan harta tak alih atau harta alih sahaja bernilai lebih RM600,000.
- Mendapatkan Geran Probet bagi Harta Pusaka Berwasiat atau Suratkuasa Mentadbir bagi Harta Pusaka Tak Berwasiat.
- Menggantikan pentadbir yang dilantik terdahulu yang meninggal dunia sebelum melaksanakan Pentadbiran Harta Pusaka.
- Pentadbir terdahulu yang gagal menyelesaikan Pentadbiran Harta Pusaka; atau
- Menggantikan Wasi yang telah dilantik oleh Pewasiat yang menolak perlantikannya atau meninggal dunia.