Kupasan Ilmu Faraid, Wasiat & Hibah. Pentadbiran Harta Pusaka. Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat
Rabu, 23 Januari 2013
Mempercepatkan proses agihan harta pusaka dan mengurangkan birokrasi.
Proses pengurusan harta pusaka biasanya memakan masa
antara 6 bulan -10 tahun (sesetengah kes tanpa surat
wasiat mencecah 20 tahun) bergantung kepada kes-kes
tertentu. Secara normalnya jika anda sudah menulis wasiat
dengan sempurna, ia hanya memakan masa antara
6 bulan - 2 tahun sahaja.
Ramai orang yang menuntut harta pusaka simati
tanpa surat wasiat salah faham terhadap pengurusan
wasi (ARB) dengan melabelkan mereka mengamalkan
pengurusan birokrasi. Sebenarnya pihak wasi (ARB)
bukan mengamalkan pengurusan birokrasi, sebaliknya
urusan yang melibatkan harta pusaka perlu diuruskan
dengan penuh amanah dan mematuhi banyak
undang-undang yang berkaitan. Mereka tidak boleh
bertindak semata-mata berdasarkan kepada kata-kata
atau rayuan waris.
Semua perkara mesti disertakan dengan dokumen yang
lengkap. Sebagai contoh, semua dokumen waris
(ic @ sijil lahir) dan senarai harta pusaka (dokumen geran
tanah, buku bank dan lain-lain) mesti diajukan kepada
pihak ARB. Jika kita tidak menulis wasiat, semua perkara
ini amat memeningkan kepada waris anda untuk
mengumpulkannya.
Perkara di atas masih diperingkat awal dalam pentadbiran
harta pusaka, ia belum lagi kepada peringkat pelantikan
wasi yang dipersetujui oleh semua waris kita.
Jika kita menulis surat wasiat, sudah tentu semua dokumen
di atas sudah kita sertakan kepada wasi semasa kita mengisi
borang wasiat lengkap. Pelantikan wasi juga sudah dibuat
dalam surat wasiat. Melalui surat wasiat ia sudah menjimatkan
banyak masa wasi dan waris anda. Proses agihan
harta juga berjalan dengan cepat dan jelas. Urusan hutang
anda juga dijelaskan oleh pihak wasi dan banyak lagi
kelebihan yang saya ceritakan sebelum ini.
Oleh yang demikian, penulisan surat wasiat memang
banyak membantu kita dalam soal pentadbiran harta pusaka
sekalipun ketika itu kita sudah tiada di dunia ini. Kami
sarankan kepada Anda supaya menulis surat wasiat demi
kebaikan waris Anda dan diri Anda sendiri.
Kami sentiasa komited untuk memudah cara Anda
memulakan penulisan wasiat yang sempurna demi
kebaikan waris, diri Anda dan ekonomi ummah umumnya.
Dengan pendaftaran wasiat RM350 anda akan perolehi;
a. Pendaftaran surat wasiat ARB (Kad wasiat dan surat
wasiat ARB)
b. Wasiat Lengkap/Sebenar (dari lawyer ARB yang profesional)
c. Percuma kos penyimpanan surat wasiat seumur hidup di peti
keselamatan ARB
d. Pihak ARB akan menjadi wasi anda (profesional dan
berpengalaman)
e. Pihak admin akan follow-up kes anda sehingga
anda berjaya memperolehi surat wasiat yg sempurna.
Langgan:
Catatan (Atom)