Faedah Penulisan Wasiat
- Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
- Dapat menzahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
- Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
- Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.
- Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.
AmanahRaya menyediakan perkhidmatan Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat dengan bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Proses penyediaan wasiat di AmanahRaya dilaksanakan secara profesional mengikut undang-undang Islam dan Sivil. Penyimpanan wasiat sepanjang hayat adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya. Proses pelaksanaan wasiat selepas kematian Pewasiat dilakukan secara efektif bagi memastikan hasrat Pewasiat terlaksana dengan sewajarnya.
sumber : ARB