Kupasan Ilmu Faraid, Wasiat & Hibah. Pentadbiran Harta Pusaka. Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat
Rabu, 23 Januari 2013
Mempercepatkan proses agihan harta pusaka dan mengurangkan birokrasi.
Proses pengurusan harta pusaka biasanya memakan masa
antara 6 bulan -10 tahun (sesetengah kes tanpa surat
wasiat mencecah 20 tahun) bergantung kepada kes-kes
tertentu. Secara normalnya jika anda sudah menulis wasiat
dengan sempurna, ia hanya memakan masa antara
6 bulan - 2 tahun sahaja.
Ramai orang yang menuntut harta pusaka simati
tanpa surat wasiat salah faham terhadap pengurusan
wasi (ARB) dengan melabelkan mereka mengamalkan
pengurusan birokrasi. Sebenarnya pihak wasi (ARB)
bukan mengamalkan pengurusan birokrasi, sebaliknya
urusan yang melibatkan harta pusaka perlu diuruskan
dengan penuh amanah dan mematuhi banyak
undang-undang yang berkaitan. Mereka tidak boleh
bertindak semata-mata berdasarkan kepada kata-kata
atau rayuan waris.
Semua perkara mesti disertakan dengan dokumen yang
lengkap. Sebagai contoh, semua dokumen waris
(ic @ sijil lahir) dan senarai harta pusaka (dokumen geran
tanah, buku bank dan lain-lain) mesti diajukan kepada
pihak ARB. Jika kita tidak menulis wasiat, semua perkara
ini amat memeningkan kepada waris anda untuk
mengumpulkannya.
Perkara di atas masih diperingkat awal dalam pentadbiran
harta pusaka, ia belum lagi kepada peringkat pelantikan
wasi yang dipersetujui oleh semua waris kita.
Jika kita menulis surat wasiat, sudah tentu semua dokumen
di atas sudah kita sertakan kepada wasi semasa kita mengisi
borang wasiat lengkap. Pelantikan wasi juga sudah dibuat
dalam surat wasiat. Melalui surat wasiat ia sudah menjimatkan
banyak masa wasi dan waris anda. Proses agihan
harta juga berjalan dengan cepat dan jelas. Urusan hutang
anda juga dijelaskan oleh pihak wasi dan banyak lagi
kelebihan yang saya ceritakan sebelum ini.
Oleh yang demikian, penulisan surat wasiat memang
banyak membantu kita dalam soal pentadbiran harta pusaka
sekalipun ketika itu kita sudah tiada di dunia ini. Kami
sarankan kepada Anda supaya menulis surat wasiat demi
kebaikan waris Anda dan diri Anda sendiri.
Kami sentiasa komited untuk memudah cara Anda
memulakan penulisan wasiat yang sempurna demi
kebaikan waris, diri Anda dan ekonomi ummah umumnya.
Dengan pendaftaran wasiat RM350 anda akan perolehi;
a. Pendaftaran surat wasiat ARB (Kad wasiat dan surat
wasiat ARB)
b. Wasiat Lengkap/Sebenar (dari lawyer ARB yang profesional)
c. Percuma kos penyimpanan surat wasiat seumur hidup di peti
keselamatan ARB
d. Pihak ARB akan menjadi wasi anda (profesional dan
berpengalaman)
e. Pihak admin akan follow-up kes anda sehingga
anda berjaya memperolehi surat wasiat yg sempurna.
Isnin, 17 Disember 2012
RM42billion harta beku
Waris tiada masa urus pusaka, kos tinggi antara faktor wasiat gagal diselesaikan
Mulakan dari Sekarang. Untuk permudahkan waris kita di masa depan.
Hubungi 010-7968769 Rashid
Mulakan dari Sekarang. Untuk permudahkan waris kita di masa depan.
Hubungi 010-7968769 Rashid
Ahad, 16 Disember 2012
Wasiat Instrument Bijak Pengurusan Harta
Kegagalan berwasiat sebabkan impak negatif kepada ekonomi negara kerana aset dibeku gagal dimaju
Hubungi Saya untuk Penerangan lanjut tentang Proses Pendaftaran Wasiat AmanahRaya. Hanya RM350 sahaja. 010-7968769 Rashid
Hubungi Saya untuk Penerangan lanjut tentang Proses Pendaftaran Wasiat AmanahRaya. Hanya RM350 sahaja. 010-7968769 Rashid
Khamis, 13 Disember 2012
Manfaat Rancang Harta
Memastikan kekayaan dibelanja di jalan dituntut agama
7 soalan asas
1. Adakah anda sedar dan tahu apakah objektif utama seseorang itu mencari, mengumpul, menyimpan dan membelanjakan harta kekayaannya ketika di dunia?
2. Selepas mendapat harta kekayaan yang diimpikan bagaimana pula sistem pengurusannya?
3. Sistem mana yang paling sesuai untuk semua harta kekayaannya?
4. Apakah jenis pulangan yang kita kehendaki daripada semua harta kekayaan ini?
5. Adakah kita mahukan pulangan jangka pendek atau pulangan jangka panjang atau pulangan yang berterusan?
6. Bilakah kita mahu menikmati pulangan harta kekayaan ini? Di dunia atau di akhirat.
7. Sudahkah anda mempunyai perancangan untuk semua matlamat yang anda inginkan dapat dicapai?

Rabu, 12 Disember 2012
Muqaddimah
ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam. Allah yang telah menciptakan segala-galanya. Allah jugalah Tuhan yang mentadbir segalanya. Allah lah Tuhan yang telah mengizinkan segala-galanya berlaku dengan kehendak-Nya. Syukur kerana dapat menerbit blog wasiatonline.blogspot.com ini pada 12/12/12.
Selawat dan salam atas rasul junjungan Muhammad SAW. Baginda bukan sekadar utusan bahkan baginda adalah penunjuk jalan untuk selamat di dunia dan akhirat.
Syukur Alhamdulillah. Allah sudi meminjamkan kepada saya sedikit ilmu tentang Faraid, Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian serta pengurusan pusaka untuk saya kongsikan kepada masyarakat.
Sesungguhnya permasalahan pusaka di kalangan umat Islam yang berlaku hari ini, bolehlah diterjemahkan sebagai fitnah harta. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam salah sebuah hadisnya yang menggambarkan tentang akibat umat Islam mengabaikan Ilmu Faraid.
Bukankah Rasulullah SAW telah menyuruh kita agar mempelajari atau mengetahui ilmu faraid kerana ilmu faraid merupakan kunci untuk kita menguruskan dan merancang pusaka. Sekiranya kita umat Islam di Malaysia ini mengambil berat tentang ilmu faraid, pasti kita akan dibawa menyulusuri selok belok pengurusan harta pusaka dengan baik dan sempurna.
Jesteru, dengan membaca blog ini:

- Moga dapat membuka minda kita.
- Moga selepas ini terdetik minat dalam diri kita untuk mempelajari atau mengetahui ilmu faraid.
- Moga selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat adik-beradik untuk menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibu bapa.
- Moga selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera membuat perancangan pusaka sama ada mula mengambil langkah untuk menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytiharan Hibah ataupun menulis Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian ataupun menulis apa-apa surat pengisytiharan sebagai bukti hitam putih, untuk kebaikan kita dan waris.
Sebagai contoh, Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka bukanlah sekadar untuk diperkatakan atau dikempen-kempenkan. Bahkan yang lebih utama ialah kita mesti melaksanakan tuntutannya.
Membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan bagaimana menulisnya? InsyaAllah blog ini akan menerangkan apakah definisi surat wasiat, kenapa mesti membuat surat wasiat dan bagaimana membuat surat wasiat.
Semoga dengan membaca dan ilmu dari blog ini, kita dapat menyelamatkan waris-waris dan juga harta-harta yang bakal kita tinggalkan.
Kita masih hidup, justeru peluang bagi kita yang masih hidup ialah dapat mengurus serta merancang pusaka. bagi yang telah meninggal dunia, mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka mungkin menanti doa, pahala amalan dan harapan di barzakh sana. Malanglah andai mereka sedang merana disebabkan harta pusaka yang ditinggalkan tidak diurus dengan sebaiknya.
Menyesal di dunia tidak mengapa. Kita masih boleh mengurus serta merancang pusaka. Tetapi, jangan sampai kita menyesal di barzakh sana. Renungi firman Allah SWT:
"Lalu mereka tidak boleh membuat suatu wasiat pun dan tidak pula dapat kembali kepada keluarganya". (Surah Yasin; 50)
Ayat diatas menggambarkan penyesalan orang yang telah mati. Salah satu puncanya ialah kerana mati tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau sebarang bukti hitam atau putih atau lebih khusus lagi ialah Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka. Akhirnya harta pusaka yang ditinggalkan telah dimanipulasikan atau digunakan dan diuruskan sewenang-wenangnya oleh ahli waris yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Lebih buruk lagi apabila harta pusakanya itu langsung tidak diuruskan oleh warisnya sedang dalam masa sama, tuan harta sedang merana di alam barakh.
Semoga blog ini dapat menjadi pencetus inspirasi kita untuk mengurus dan merancang pusaka. Semoga usaha kecil ini juga dapat membantu untuk memadamkan maraan api gelojak fitnah pusaka yang sedang berlaku dalam masyarakat kita yang mana akibat serta bahananya dapat kita rasai bersama.
Al-Fatihah dan Selamat Membaca
Dari Petikan Penulis: Ustaz Ghazali Ibrahim & Rashid Abdul (blogger)
Langgan:
Catatan (Atom)